Permohonan Permit
UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984
PERMIT (BHG.II BIL.19 (2))
Suatu permit sementara boleh dikeluarkan mengikut budibicara pihak berkuasa tempatan bagi mendirikan sesuatu bangunan sementara dan hendaklah tertakluk kepada kesemua atau sebahagian daripada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini.
DENDA (JADUAL PERTAMA BIL.17)
Bagi semua hal jika kerja telah dimulakan sebelum pelan-pelan diluluskan atau suatu permit diperolehi, suatu fee yang sama dengan sepuluh kali ganda daripada yang ditetapkan dalam paragraf yang relevan terdahulu itu boleh dikenakan. Pemabayaran fee yang dinaikkan ini tidak akan mengecualikan seseorang daripada didakwa oleh pihak berkuasa tempatan jika ia memutuskan untuk berbuat demikian.
PEMABATALAN PERMIT (BHG IV BIL. 50)
Pihak berkuasa tempatan adalah berhak untuk membatalkan permit sementara kerana melanggar mana-mana syarat yang tersebut di atas atau kerana apa-apa sebab yang difikirkannya patut dan pemohon itu hendaklah dalam tempoh seminggu daripada tarikh penerimaan notis itu memindahkan papan dinding, susur adang dan semua bahan lain yang berhubungan dengannya daripada jalan awam.
Hubungi Kami
Majlis Bandaraya Pasir Gudang
Aras 19, Menara Aqabah, Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang,
Johor
Telefon: Pej. Am-072547777, 072547703
Telefaks: Pej. Am-072515260, 072518275 (Pej. DB)
Laman Web: https://www.mbpg.gov.my