MyJBgn
Daftar akaun sebagai Individu / Syarikat / Wakil PSP.
Terma Dan Syarat
Sistem MyJbgn Jabatan Bangunan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)
1. Pengenalan
Sistem MyJbgn yang digunakan di Jabatan Bangunan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) merupakan platform digital rasmi bagi pengurusan kerja-kerja berkaitan jabatan ini. Salah satu modul yang telah siap dibangunkan adalah mengurus dan memproses permohonan permit sementara pembinaan, permit sementara bangunan tidak berisiko, permit sementara bangunan, permit menara dan struktur pemancar, permit struktur papan iklan, permit Gated Guarded (perdagangan), permit Gated Guarded (perumahan), permit mendirikan khemah & tutup jalan, permit bangsal tempat letak kereta dan permit slab kawasan lapang kedai pejabat secara atas talian. Dengan mengakses dan menggunakan sistem ini, pengguna bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan di sini.
2. Definisi
- MBPG merujuk kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
- Sistem MyJbgn merujuk kepada sistem digital permohonan permit yang dibangunkan untuk kegunaan Jabatan Bangunan MBPG.
- Pengguna merujuk kepada individu, kontraktor, pemilik bangunan atau wakil yang sah yang menggunakan sistem ini.
- PDPA merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
3. Pendaftaran dan Keselamatan Akaun
- Pengguna diwajibkan mendaftar akaun dengan menggunakan maklumat yang sah dan tepat.
- Pengguna bertanggungjawab terhadap kerahsiaan nama pengguna dan kata laluan masing-masing.
- Sebarang aktiviti yang dilakukan melalui akaun pengguna adalah tanggungjawab pemilik akaun sepenuhnya.
- MBPG berhak menggantung atau menamatkan akaun sekiranya berlaku pelanggaran syarat atau penyalahgunaan.
4. Pengunaan Sistem
- Sistem ini hanya boleh digunakan bagi tujuan rasmi permohonan permit bangunan yang sah di bawah bidang kuasa MBPG.
- Sebarang penyalahgunaan sistem, cubaan pencerobohan atau penipuan adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Semua dokumen dan maklumat yang dimuat naik hendaklah lengkap, benar dan terkini.
5. Perlindungan Data Peribadi (PDPA)
- MBPG komited untuk melindungi data peribadi pengguna mengikut peruntukan di bawah Akta 709.
- Maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui sistem ini hanya akan digunakan untuk tujuan pengurusan permohonan permit dan pentadbiran dalaman MBPG.
- MBPG tidak akan mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga tanpa persetujuan bertulis pengguna, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.
- Pengguna mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan atau mengemas kini maklumat peribadi mereka dengan mengemukakan permintaan secara rasmi kepada MBPG.
6. Harta Intelek
- Segala kandungan, reka bentuk, logo, dan maklumat dalam sistem MyJbgn adalah hak milik MBPG.
- Sebarang penggunaan, pengedaran, atau pengubahsuaian kandungan sistem tanpa kebenaran bertulis MBPG adalah dilarang.
7. Penafian dan Had Liabiliti
- MBPG tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang timbul akibat penggunaan sistem ini tetapi tidak terhad kepada gangguan teknikal, kelewatan, atau kehilangan data.
- MBPG tidak menjamin sistem ini bebas daripada sebarang kesilapan atau gangguan teknikal.
8. Perubahan Terma dan Syarat
- MBPG berhak untuk meminda terma dan syarat ini dari semasa ke semasa tanpa notis awal.
- Pengguna dinasihatkan untuk menyemak terma dan syarat secara berkala. Penggunaan berterusan sistem ini akan dianggap sebagai penerimaan terhadap sebarang pindaan.
9. Pematuhan Undang-undang
- Penggunaan sistem ini tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa termasuk Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), serta dasar dan garis panduan MBPG yang berkaitan.
10. Pengakuan dan Persetujuan
Dengan mengakses dan menggunakan sistem MyJbgn, pengguna:
- Mengakui telah membaca dan memahami keseluruhan Terma dan Syarat ini;
- Bersetuju untuk mematuhinya; dan
- Membenarkan MBPG memproses data peribadi mengikut dasar PDPC yang ditetapkan.